“terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya”

August 11th, 2005 by euric

1Tetiap ari, aku bangun tido lewat. Kalo kelas aku pukul 9, aku bangun pukul kul 9 ka jugak. Begitulah jugak kalo kelas pukul 10, pukul 10 la aku bangun. Campur ngan masa mandi ngan pakai baju ngan siap lebih kurang, pukul 9.15 aku siap. Pastu aku jalan kaki ke kelas, dan dalam masa 5 minggu aku kat sini, dah berapa kali aku lambat masuk kelas.

Sebabnya ada dua. Aku tak ingat kelas kat mana dan aku pegi kelas sorang² sedangkan budak kelas aku semua berteman.

So di pendekkan cerita, muka akulah yang paling lewat masuk ke kelas. Tetiap kali masuk kelas, mesti ada muka yang senyum kambing kat aku dan muka lecturer plak dah semacam je tengok aku.

Tetiap hari, aku mesti bangun pukul 9.

Manusia adalah satu makhluk yang komplex. Mesti akan tetap melekat pada satu rutin yang telah biasa di lakukan. Manusia pulak biasanya takut pada perubahan. Takut akan risiko yang mungkin akan di terima akibat perubahan sesuatu rutin tersebut. Manusia lebih suka mengikut sesuatu yang sudah biasa dengan dirinya. Sesuatu yang mudah di lakukan olehnya. Yang tidak meremehkan dirinya. Contohnya macam akulah. Tetiap hari, bangun tido mesti pukul 9. Tak kiralah malam tu aku tido pukul 11 malam ke, pukul 3 pagi ke, atau pukul 6 pagi. Bangunnya mesti pukul 9.

Adakah aku takut akan risiko terjadi sesuatu yang akan merugikan aku bila aku bangun pukul 8.30 pagi? Atau bangun pukul 7 pagi? Atau bangun pukul 10 pagi? Jawapannya aku sendiripun tak tahu. Kerana aku sendiri tak pernah mencuba untuk bangun pada waktu² yang lain (kecuali hari takde kelasla di mana biasanya aku bangun lagiii lewat! J).

Manusia biasanya akan terus mengikuti rutin² yang telah di tetapkan oleh dirinya.

Melepak di kedai makan yang sama, main snooker di tempat yang sama, pakai baju kegemaran yang sama, sikat rambut gaya yang sama, mengumpat perkara yang sama, isap rokok jenama yang sama.

Mungkin sebab inilah manusia benci akan perubahan. Perubahan selalunya di kaitkan dengan risiko² yang akan menyusahkan diri sendiri. Risiko akan kehilangan. Risiko akan bertemu perkara yang tidak di sukai. Risiko akan terdedah kepada bahaya. Perubahan juga memerlukan tumpuan 110% kerana sekali kita mahu berpatah balik, jaraknya bukan dekat bak kata pepatah,

"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya".

Perubahan adalah satu perkata yang tidak selamat, meyakinkan dan menyenangkan. Perubahan juga memerlukan kesabaran yang tinggi, perlukan masa yang banyak dan juga perlukan penyesuaian yang jitu.

Tetapi perubahan akan menemukan kita dengan sesuatu yang menarik. Kita mungkin tidak akan bertemu dengan awek/balak idaman kita, jika kita tidak lakukan perubahan. Kita mungkin akan di denda oleh lecturer kita jika selalu lewat ke kelas atau kita mungkin tidak akan di kenali oleh lecturer kita, jika selalu pergi ke kelas bersama kawan² kita. Kita juga mungkin akan terselamat dari menjadi mangsa surat saman pak guard, jika kita pergi lewat ke kelas dari masa yang telah di tetapkan. kita juga mungkin akan segala mungkin..

Aku rasa benda nih dah selalu sangat terpikir dalam kepala otak aku.

Cis. aku perlukan perubahan!

Jahanam Engkao Enche’ Alan Smith!!!

June 4th, 2005 by euric

PERKARA ini bagi aku, sudah lama jugalah meng’tension’kan.. kerana aku rasa PERKARA alah ni, ‘just some fu*kin gimmick’ yang entah lahanat mana yang cipta.. dulu aku pernah juga cuba membincangkan pasal benda ini dalam friendster ini juga.. tapi jawapan yang di terima ternyata hambar..

Jadi sekarang PERKARA ini sudah kembali melakukan angkara.. habis semua warga alam di dalam ‘friendster’ ini, semuanya gundah-gulana..maka berterus-terusan lah semua warga alam ‘friendster’ ini melakukan kerja yang di kehendaki oleh PERKARA itu, meng’copy’ dan menge’paste’ balik PERKARA alah tu.. Kesimpulannya semua ni menimbulkan pada aku satu tanda tanya yang amat mendalam.. durjana manakah yang memula buat ‘hoax’ bodoh ini.. sudah lah memenuhkan ‘inbox’ aku, menambah penat (baca:saspen) aku sahaja hendak ‘check’ apa ada dalam ‘inbox’ aku yang tidak seberapa tu..

Mula-mula aku menge’check inbox’, aku berharap ada la cerita chenta dari mana-mana aweks, yang menghantar kepada aku untuk berkenalan kah? atau kawan-kawan bertanya khabar berita, begitu lama tidak mendengar cerita kah? atau apa-apa sahaja yang boleh menambahkan ikatan mesra sesama insan manusia didalam dunia siber ini (chewah!)… tetapi malangnya, apa yang aku dapati hanyalah semata-mata PERKARA ini yang menyakitkan hati serta memenatkan aku dan membuang masa aku sahaja! tidak pernahkah kamu semua merasa apa yang aku rasa sekarang nih? contohnya, bila kamu semua pegi ‘cyber cafe’, dengan niat di hati yang berbunga-bunga nak menge’check friendster’ kamu semua, ada tak ‘message’ terbaru atau ada tak orang yang menjemput kamu semua dalam ‘friendlist’ mereka semua, tetapi bila kamu semua membuka ‘inbox’ yang ada hanya sampah sahaja.. tidak terddetikkah di hati, berbaloikah duit yang di laburkan di dalam penggunaan internet kamu semua itu? mestilah rasa tidak berpuas hati mulai bersarang di sanubari.. yaaa.. begitulah yang aku rasai sekian lama..

Aku sudah merasakan PERKARA ini sudah menjadi barah buat aku.. semakin lama makin parah dan terus-terusan memarahkan diri aku terhadap PERKARA ini. PERKARA ini juga semakin memenatkan otak aku dengan pelbagai persoalan yang susah bagi aku selesaikan. Kini aku sudah semakin letih dan bosan terhadap PERKARA ini. Sudah terbukti, apabila aku tidak melakukan pa yang di kehendaki oleh PERKARA itu, tidak terjadi sesuatu yang aneh serta mengerikan terhadap diriku ini, tidak ada azab sengsara serta bala petaka yang melanda diriku ini. maka, janganlah hendaknya rakan-rakanku terpedaya dengan apa yang di war-warkan oleh PERKARA itu. Sudah tiba masanya untuk aku, dan seterusnya kita semua, bersatu dan bersama-sama, maju ke depan untuk menghentikan angkara PERKARA ini, dari terus berleluasa.. dari terus bermaharajalela.. dan dari terus menimbulkan bencana. Aku amat berharap, kepada semua rakan-rakan yang membaca nukilan hatiku ini, agar mendapat sedikit sebanyak apa yang aku mahu bincangkan.. kita harus menyekat pengaruh PERKARA ini dari terus merebak dan merekah.. bersatu teguh, bercerai roboh…

Oh ya, sebelum aku mengakhiri nukilan hatiku ini, enche’ Allan Smith adalah nama yang terdapat di dalam ‘hoax’ yang di edarkan di dalam friendster kita ini. kononnya enche’ Allan Smith ini akan menge’delete’ akaun sesiapa yang tidak meng’copy’ dan menge’paste’ balik apa yang di katakan sebagai ’survey’ untuk menge’delete’ akaun sesiapa yang engkar.. kesimpulannya, semua itu hanyalah bohong belaka dan janganlah semua warga friendster ini terpedaya. Sekian..

DIPLOMA DAN PAK TURUT.. satu artikel yang di curi oleh aku..

May 31st, 2005 by euric

benda nih aku curik dari site..tujuan aku tempek benda nih sebab aku rasa betul jugak isi dia sedikit sebanyak.. belajar sampai u.. tapi jadik orang tak guna jugak.. takde keje.. kalo stakat nak jadik buruh, baik aku keje dari umo aku 13 tahun.. musti aku dah kaya time nih.. silap² jadik kontraktor burjaya dah aku.. hahaha.. so skang inilah alasan terbesar bagi aku sebab aku kantoi study dulu.. memang ape yang aku nak blajo takde.. asyik² sumbat ngan benda ntah pape.. soalan jawab ikut logikpun salah.. kena ikut skema..papepun.. aku saje je letak artikel nih.. buat tatapan kita bersama.. baik jadi ulaman, jahat kita jahanamkan.. hehe..viva la chaos!

DIPLOMA DAN PAK TURUT
oleh Hishamuddin Rais

Suasana ekonomi meleset semakin sampai. Berita terakhir melaporkan syarikat Talikom telah mula mengurangkan tenaga kerjanya. Sebuah kilang Jepun di Bangi telah ditutup terus. Beberapa buah kilang sedang menghadapi krisis pertelagahan antara buruh dan majikan. Dan tanda yang paling jelas ialah apabila kita terbaca hampir 90,000 graduan sedang menganggur.

Bila saya terbaca angka 90,000 graduan tanpa kerja saya tidak terperanjat. Malah saya tahu ini hanya angka resmi dari kerajaan. Pasti masih ada ribuan lagi graduan-graduan yang menganggur yang nama mereka tidak termasuk dalam senarai angka resmi.

Menjadi penganggur ini bukanlah satu nikmat. Memang betul bila selesai belajar ramai para mahasiswa yang ingin berehat sementara untuk merasakan betapa lazatnya bebas dari rutin harian zaman belajar. Bangun lewat. Tak perlu gosok gigi atau mandi dan terus makan tanpa mendengar kuliah yang membosankan. Juga bebas dari ganguan anak-anak muda yang ingin menjemput kita menjadi Tok Lebai. Lepak sepanjang hari atau jumpa kawan-kawan untuk bersembang panjang. Atau menonton tv berjam-jam.

Tetapi jika berbulan-bulan duduk dirumah melakukan pekara yang sama tanpa apa-apa tujuan yang jelas maka ini mungkin membawa satu permasaalahan. Untuk dua tiga bulan pertama, ibu bapa mungkin agak gembira untuk bersama anak-anak dirumah. Tetapi selepas empat lima bulan ibu bapa pun akan naik ‘menyampah’ melihat muka anak yang sama. Yang menganggur juga akan bosan melihat muka emak dan ayah.

Saya juga pernah menganggur sesudah menerima ijazah. Saya memahami dan dapat merasakan apa yang sedang dilalui oleh para graduan penganggur ini. Setelah mendapat ijazah pasti kita akan cuba mencari pekerjaan yang ada bersangkutan dengan ilmu yang telah kita pelajari. Walau pun mungkin tidak setepat yang diharapkan tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit bersangkutan dengan ilmu yang telah dituntut.

Penganggur berijazah atau tidak, jika telah terlalu lama menganggur akan mula merasa kehilangan harga diri. Keadaan ini bertambah rumit lagi jika kawan-kawan yang belajar bersama dahulu telah mula berkerja. Harga diri ini bersangkutan pula dengan keseluruhan erti penghidupan. Si penganggur akan kehilangan arah dan tujuan. Ini satu perasaan yang telah saya rasakan samasa saya menjadi penganggur dahulu.

Saya menganggur dalam kota London, kota yang paling menarik dalam dunia ini. Dalam sistem negara maju seperti di UK atau di Eropah Barat taraf hidup saya dipastikan tidak akan merundum terus walau pun saya tanpa kerja. Saya memiliki sebuah flat tiga bilik yang dibayar oleh majlis tempatan. Saya juga mendapat bantuan hidup minima setiap dua minggu. Kualiti kehidupan saya tidak meleset tetapi yang merundum ialah kehilangan harga diri.

Memang betul kualiti kehidupan saya ketika menganggur di London lebih tinggi jika dibandingkan dengan seorang yang pegawai berpangkat tinggi yang bekerja di Kuala Lumpur atau di New Delhi. Saya masih mampu ke dewan-dewan musik, berupaya ke panggung bangsawan dan menonton filem-filem terbaru. Jika tidak berduit langsung saya boleh memasuki gedung-gedung pamiran atau galeri seni yang sentiasa memperagakan lukisan dan kerja-kerja seni yang kuno atau yang terbaru. Pembudayaan jiwa seorang penganggur di kota London tidak mungkin runtuh.

Di Eropah dengan sistem sokongan sosial yang baik, sesiapa yang kreatif pasti dapat melakukan sesuatu ketika menganggur. Semua bergantung kepada keinginan masing-masing. Di waktu menganggur inilah anak-anak muda di Eropah berkarya. Ada yang melahirkan filem experimental. Ada yang melahirkan lukisan avant garde. Banyak novel dan karya fikshen ditulis dizaman menganggur. Dan paling jelas ialah keupayan anak-anak muda penganggur ini menggemparkan dunia dengan bakat karya musik mereka. Menggarap karya ialah cara untuk melayan diri dizaman mencari dan menunggu pekerjaan.

Saya tidak tahu bagaimana seorang penganggur boleh hidup di Kuala Lumpur tanpa sistem sokongan sosial yang baik seperti yang wujud di negara Eropah. Bayangkan setiap kali bertemu kawan pasti akan ditanya sama ada sudah mendapat pekerjaan atau tidak. Pertanyaan seperti ini pasti menusuk setiap hati para penganggur. Jika puluhan kali ditanya dengan soalan yang sama dan jawapannya masih negatif, besar kemungkinan si penganggur ini akan melarikan diri berkhalawat ke dalam hutan atau tidak keluar rumah langsung.

Rasanya kesilapan utama ialah sistem pembelajaran kita yang telah bagitu usang dan ortodok. Sistem pembelajaran jenis yang kita pakai ini adalah yang terbaik untuk menumpulkan pemikiran kreatif. Sistem ini juga amat baik untuk memadamkan semua bentuk fikiran yang berpotensi untuk melahirkan pendapat dan pandangan baru. Hasilnya, sistem pembelajaran yang sedang kita gunakan ini amat baik untuk melahirkan Pak Turut, Tukang Ikut atau Kaki Bodek yang taat setia.

Dalam suasana ekonomi pertanian 50 tahun dahulu mungkin Pak Turut, Tukang Ikut dan Kaki Bodek yang taat setia tidak menghadapi banyak masaalah. Mereka akan terus ke sawah atau ke ladang atau ke laut. Hari ini semuanya telah berubah. Kerana perubahan inilah maka kita sekarang sering bertemu dengan Pak Turut, Tukang Ikut dan Kaki Bodek yang sedang menganggur.

Hujah saya ini berdasarkan bagaimana para politikus kita sendirilah yang bertanggung jawab melahirkan budaya Pak Turut. Pada satu ketika dahulu si Pak Menteri ini telah mengekori buntut belon ekonomi Dot Com di Amerika Syarikat yang mengembang pada pertengahan tahun 90′an dahulu. Tanpa pandangan kritikal tiba-tiba sahaja setiap kolej, setiap universiti mula menjadi Pak Sibuk dengan agenda komputer. Alat propaganda kerajaan diarah untuk mendendengkan lagu Cinta IT Sayang IT. Heboh-heboh tentang MSC terus menjadi induk berita dari setiap warong kopi hingga ke kawasan Felda. Seluruh negara demam IT hinggakan imam pun mula cuba-cuba berkhutubah tentang IT.

Orang ramai yang ingin menjadi Tukang Ikut atau Kaki Bodek yang setia telah menganggap IT ini adalah lombong emas yang baru dijumpai di Gua Musang. Sayangnya apabila belon ekonomi Dot Com ini bocor ianya tidak pula dilaporkan secara terperinci. Hasilnya, lima tahun sesudah melesetnya ekonomi Dot Com ini masih ramai anak-anak muda kita yang menjadi Pak Turut tanpa mengetahui hujung panggal apa itu IT. Malah ramai yang tidak sedar bahawa belon IT itu telah lama pancit.

Walau pun telah pancet, kolej dan universiti terus menawarkan IT sebagai mata pelajar asas. Para pelajar digalakan mengikuti kursus IT. Duit pinjaman akan lebih cepat diluluskan jika belajar ilmu IT. Entah apa ilmu IT yang diajarkan di kolej-kolej dan universiti kita ini hanya Sai Baba sahaja yang maha mengetahuinya.

Hari ini jika bertemu dengan seorang graduan penganggur tanyalah kursus apa yang telah mereka ikuti. Hampir kesemuanya akan berkata - saya belajar IT. Kemudian tanya dengan lebih mendalam tentang apa yang telah sebenar dipelajarinya. Mungkin ada pelajar akan berkata yang dia juga belajar ilmu animasi, ilmu programing atau graphik. Semua ilmu ini sebenarnya adalah baik jika dapat dimanafaatkan. Tetapi kerana otak mereka tidak dididik untuk berfikiran kritikal, mereka hanya dilatih untuk menjadi Pak Turut atau Kaki Bodek, maka semua ilmu-ilmu ini akan ‘hancus’ bagitu sahaja. Mereka tidak berkeupayaan untuk menjadi insan kreatif untuk melahirkan sesuatu yang baru.

Sistem pembelajaran kita tidak mendidik para pelajar dan mahasiswa kita untuk menjadi Sang Pemula. Ilmu IT atau apa sahaja ilmu yang dipelajari hanya berupaya menjadikan mereka Pak Turut atau Tukang Bodek. Fikrah muda yang terdidik secara kritikal pasti tidak akan kesesakan nafas dalam suasana ekonomi hari ini. Negara kita tidak seharusnya memiliki penggangur. Bayangkan kita mengimpot hampir 1 juta tenaga asing tetapi kita tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang telah kita sendiri latih. Bukankah ini satu yang amat membebalkan.

Hari ini bila pengangguran semakin melonjak maka semakin banyak kenyataan dibuat terutama oleh Pak Pak Menteri. Ada yang mengatakan graduan ini terlalu memilih kerja. Atau graduan yang salah ambil ilmu kerana belajar ilmu Usuluddin. Atau mereka dituduh gagal mendapat kerja kerana tidak memiliki Bahasa Inggeris yang baik. Semua cakap-cakap Pak Menteri ini adalah betul dan boleh dipakai.

Tetapi ada satu yang maha penting yang Pak Menteri ini lupa untuk menyatakan sama. Ini ialah para graduan penganggur ini lahir dari sistem pembelajaran yang telah menumpulkan fikrah kritikal mereka. Hari ini mereka hanya menunggu untuk menjadi Pak Turut, Tukang Ikut atau Kaki Bodek yang taat setia seperti budaya yang diajarkan kepada mereka semasa belajar dalam kampus dahulu.

END

komen: siapakah yang bersalah di dalam hal ini? mak bapak? kerajaan? negara? cikgu? sekolah? universiti? maktab? tadika? kawan²? orang dewasa? diri sendiri? komen please..

p/s: last but not least.. buat sesapa yang tengah blajo tu..haha..bentikan aje la..buang karan.. bukan bleh kejepun bidang yang korang suka tu..hahaha..

b-o-o-k-o-o…buku!

April 27th, 2005 by euric

haha.. baru abis baca pilianraya atau pilih jalan raya.. nasib baik tak mahal..nasib baik ada stok lagi.. nasib baik beli..
tidak nyesal.. best jugak jadi mcm dia.. muda² dah merantau.. da gamble idup.. dah rasa asam garam dunia.. dah bebas.. dah takde orang bising².. dah tak bergantung.. dah boleh buat papa jek.. idup revolusiner.. idup sosialitatis.. idup kommunitatitas.. idup aku yang bosan!