Archive for January, 2008

Monday, January 14th, 2008
Cinta memang misteri.. namun kita sering mensia-siakannya demi perkara yang belum tahu lagi akhirnya.. fikirkanlah..

1] Orang yang mencintai kamu tidak
pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di
hati dan matanya hanya ada kamu satu-
satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman
istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu
bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu
menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin tahu tentang apa saja yang kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin
tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan
mengirimkan SMS seperti ‘Selamat
Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat
Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam
cara yang berbeza,bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain
kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan
kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia
akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan
selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin
kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah
sesuatu yang berharga untuknya.Dan
saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu
mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang
kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia
menyematkan kata-kata mu di
hatinya,berapa banyak kata-kata penuh
harapan yang kau tuturkan padanya, dan
akhirnya kau musnahkan? pasti kau
lupa, tetapi bukan orang yang
mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan
belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik
kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu
kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya
da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu
kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa
mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia
bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan
menghadapi ujian, dia akan tanyakan
bila ujian itu berlangsung, dan saat
harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk
memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan
memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu
yang biasa, tetapi baginya barang itu
sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan
terdiam sesaat, ketika sedang bercakap
di telefon dengan kamu, sehingga kamu
menjadi bingung. Sebenarnya saat itu
dia merasa sangat gugup kerana kamu
telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan
kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah
ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada
dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh
dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu
bertindak lebih seperti saudara
daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering
melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa
sehari. Atau mengejutkan kamu di
tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-
kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening
kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu
dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya
lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu.
dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan
kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya
maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih
menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun
ia kamu kirim berbulan-bulan atau
bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-
surat kamu di tempat khas dan segala
pemberian kamu menjadi benda-benda
berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri
daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya
dan ingin memberinya kesempatan dia
akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu,
tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya
meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan
karenahnya. saat kau pinta dia
berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan
kamu, kerana dia benar-benar mengerti
apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat
seperti di atas kepada kamu? Jika
ada,jangan pernah mensia- siakan orang
tersebut… kamu akan menyesal
melakukannya!